Monday, July 19, 2010

Kepercayaan Kepada Tuhan

Bila baca tajuk saja mesti sudah dapat tangkap, ini mesti nak cerita pasal Rukunegara (betul ke eja macam gini?) atau nak berkempen 1Malaysia. Lantak sama kau lah. Ya betul gua mengarut pasal hal ini. Pertama-tamanya (selalu gua dengar penceramah cakap macam ini - betul ke wujud 'pertama-tamanya'? - sudahlah yang pertama, ada 'tamanya' sekali lagi - konfius), Rukunegara itu adalah.... kejap bagi gua Google....

"Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia."
Sumber: government.gov.my

Maknanya dekat sini salah satu dari syarat menjadi rakyat Malaysia ialah kena ada kepercayaan kepada Tuhan. Maknanya juga dia tak cakap Tuhan mana, jadi ikut agama masing-masinglah, yang penting agama tu kena ada Tuhan.

Isunya di sini, banyak juga gua jumpa orang yang tidak percaya kepada keperluan untuk menganuti mana-mana agama (free thinker) dan terdapat segolongan juga yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan (atheist). Atau sebenarnya free thinker dan atheist golongan yang sama? Tak kisahlah, bukan gua. Lazimnya masalah tidak ada agama ini contohnya sebilangan golongan punk's not dead, golongan God is dead, dan ahli-ahli sains anti-ketuhanan yang cakap alam semesta terbentuk sendiri melalui Teori Big-Bang. BangBus gua tau lah. Jangan melenting dulu, sebab banyak lagi kategori "Kenapa? Tak Pecaya Tuhan?" yang ada kat muka bumi ni. Lagipun ilmu gua bukan tinggi sangat boleh nak tulis semua, apa guna ada Google dan otak kalau lu tak reti nak guna?

Jadi kalau ada manusia yang tak percaya kepada Tuhan, boleh atau tidak dia ni jadi rakyat Malaysia? Atau kena berpura-pura tulis mana-mana agama dalam borang permohonan kad pengenalan sebab nak sembunyikan identiti 'tidak bertuhan'? Kira hipokrit juga lah atheist ini kepada komuniti 'tidak bertuhan', sungguh berani dia declare tidak mahu sembah mana-mana tuhan, tapi masih sorok-sorok sebab kalau dia bagitau kat Jabatan Pendaftaran Negara, mesti kena buang negara atau kena pergi Kem Insaniah anjuran Biro Tata Negara. lagi torture yang Kem Insaniah tu berbanding kena buang negara. Lepas tu kalau kena buang negara, ada ke negara yang menerima orang yang tidak beragama? Amerika Syarikat, sebuah negara 'free for all' boleh terima ke orang tidak beragama?


Menurut Wikipedia (gambar atas tu pun gua ambil dari situ), "In God We Trust is the official motto of the United States, ..." dan juga, "It is codified as federal law in the United States Code at 36 U.S.C. § 302, which provides: In God we trust' is the national motto." Jadi Amerika Syarikat pun mottonya Kepercayaan Kepada Tuhan juga. Tak kiralah tuhan mana.

Zaman komunis dulu pula depa ni tak boleh menganut agama. Kira komunis itu sendiri merupakan anutan atau jalan hidup mereka. Maka matawang Amerika Syarikat tak boleh la digunakan di China atau Russia atau negara-negara komunis lain sebab terang-terang dah tulis "In God We Trust" terpampang dekat atas duit kertas tu, "Celaka betul, ini dah kurang ajar namanya!" kata Mao Zedong bila dia nampak duit Amerika.

Jadi macam mana pula dengan agama yang tidak mempunyai tuhan? Contohnya Scientology. Malas gua nak cerita pasal Scientology, rasa nak tergelak pun ada.

Lagi satu, macam mana pula dengan manusia-manusia yang menyembah manusia lain yang diingatkan seorang Tuhan? Macam Ayah Pin. Kiranya kalau yang sembah Ayah Pin tu percaya kepada Tuhan la juga? Yang hebatnya, depa ni tak perlu jadi warganegara Malaysia hanya sebab kena ikut prinsip Rukunegara #1. Depa ni lagi dahsyat, sembah Ayah Pin, dapat pasport Kerajaan Langit. Salut!

No comments:

 

website hits