Ramadan sudah makin hampir. Kurang lagi satu minggu saja lagi.
Lazimnya apa yang berlaku semasa bulan Ramadan:
1. Semua pekerja mengharapkan bonus Hari Raya sebelum puasa lagi. Katanya nak tempah Baju Melayu atau Baju Kebarung Nyonya Moden French Lace Korean Silk pelbagai. Pakainya setahun sekali, tambah pula baju tak boleh kena air lah, tak boleh kena panas lah, tak sedar ke duduk kat Malaysia.
2.Ntah gua dapat atau tak.
3. Berlumba-lumba nak berniaga. Baguslah, bulan Ramadan pintu rezeki lebih luas terbuka. Macam rumah terbuka. Bulan lain-lain tidur.
4. Orang kata bulan Ramadan ni, meniaga apa pun untung. Malahan meniaga manusia pun lagi untung daripada meniaga unta, macam dalam cerita 3 Abdul.
5. Ramai lagi yang selamba makan di khalayak ramai sepanjang waktu berpuasa. Mentang-mentanglah dah tak ada van mayat angkut orang kantoi tak puasa sekarang ni. Mungkin kalau Ops Van Mayat dijalankan semula, bukan sahaja mereka yang tidak berpuasa ni kena keliling bandar naik van mayat, malah kalau didenda baring dan qiyam di dalam liang lahad di tanah perkuburan sebenar barang 10 minit setiap pesalah pun sudah memadai sebagai pengajaran. Gila kau, badi tu kalau kantoi.
6. Klinik-klinik swasta memang buat duit dan tambah dosa, bagi MC kata "pesakit sekian-sekian tidak mampu berpuasa kerana ususnya terasa sedikit gatal." Caj premium RM50, ye lah, separuh tu nak kena bayar zakat perniagaan dan harap-harap dapat cuci dosa.
7. Gua dah cakap, buat bisnes apa pun mesti untung bulan Ramadan ni.
8. Tapi kepada tauke-tauke syarikat, anggap sajalah bulan ni macam semua orang cuti bergaji. Semua orang masuk ofis jam 11 pagi, balik 4 petang. Siap dari 1 tengahari sampai 2.30 petang tidur dalam surau. Penat, puasa ni bro.
9. Yang perempuan pula gua tak pasti, pasal gua bukan perempuan. Tapi ada tu yang sampai 20 hari period, pelik juga. Tapi bila bab nak pergi Pasar Ramadan, berhimpit-himpit beli Popiah Basah, Ayam Percik, Roti John, Air Tebu, terlalu bermacam-macam lagi kalau gua nak sebut. Air Sirap yang boleh sangat nak bancuh kat rumah 5 minit pun jadi lagi menggiurkan di Pasar Ramadan. Yang lelaki pun serupa juga. Baru jam 4 petang, mulut bau rokok + kari, tapi buat-buat muka lesu, beli sikit punya banyak macam nak jamu satu rumah anak yatim.
10.Kan dah cakap, jual apa pun untung.
11. Haa, bab Pasar Ramadan ni, semua orang nak ambil peluang buat keuntungan. Setiap peringkat. Daripada majlis perbandaran, tuan punya tanah, penyewa khemah, pembekal ais, semua. Baguslah, baru ekonomi tempatan boleh menjadi makmur.
12. Bab membeli juadah berbuka puasa atau berbuka puasa di luar (restoran atau hotel) ini macam ada madness sikit gua tengok. Pelik-pelik nafsu makan kita ni. Bukan gua nak kondem orang lain, dulu gua pun sama juga. Semacam baru keluar hutan balik dari perang, jenis 11 bulan perang dengan komunis, dapat makan pun ubi kayu atau daun-daun hutan saja, jadi bila dapat keluar hutan terus hilang akal nampak makanan.
13. Yang bagusnya, masa-masa macam inilah surau-surau serta masjid lebih ramai pengunjung. Waktu tengahari ramai orang dewasa datang tidur. Petang ramai kanak-kanak datang Tadarus Al-Quran, malam macam biasa lah, Tarawih beb. Lepas Tarawih tu yang lagi ditunggu-tunggu, morehhhhhhh....
14. Malas nak cerita pasal persiapan manyambut Aidilfitri. Itu memang a totally different chapter.
15. Senang cerita, kalau nak berbelanja sakan ke, nak melahap sampai perut membusung ke, nak Tarawih sampai ke Subuh ke, suka hati lu orang lah, yang penting: PUASA JANGAN TINGGAL.
BudakNakal
No comments:
Post a Comment