Serius, sekarang ni gua memang malas nak tulis dalam bahasa Inggeris. Entah kenapa, rasa macam dah puas hari-hari bercakap dengan '
clients', masuk '
meetings', semua nak kena cakap bahasa asing, sekarang gua memang bersemangat saja nak menulis dalam Bahasa 1Malaysia.
Oh, mulai hari ini gua dengan kuasa veto
Mari Join Ana memansuhkan perkataan bahasa 'Melayu' dan akan digantikan dengan
Bahasa 1Malaysia: Rakyat Bersusah - Susah Dahulu, Pencapaian Bersenang - Senang Kemudian.
Susah juga
list yang gua nak buat ni. Ambil masa berminggu-minggu nak
compile. Bukan maksudnya gua nak beriya-iya, cuma senarai ni udah lama gua terbayang dalam otak, nak cari info yang lebih konsisten tu yang letih sikit. Lepas tu yang
frustnya nanti bila baca balik tahun depan, "Alamak, gua rasa macam nak buat benda lain lah pula." Biasa lah manusia macam gua memang tak tetap pendirian. Hari ni nak jadi pelumba kereta, tahun depan nak jadi
film maker pula. Ikut apa yang glamer lah senang cerita.
During the process, atau semasa dalam proses gua bersantai membuat senarai ni, ada beberapa perkara yang gua perasan, atau ambil kira.
Pertamanya, senarai ni mestilah sesuatu yang gua boleh atau mampu buat. Maknanya, kalau lu cita-cita nak pergi melancong ke angkasa lepas, ada USD20 juta boleh lah bro, kalau tak ada, boleh blah bro.
Keduanya, masih tak realistik, kononnya nak berjabat tangan dengan Stephen Hawking. Bukan tak mampu kalau hari-hari lu hantar emel pasal teori alam semesta mungkin dia layan kot. Tapi ambil kira yang beliau ni sudah tua dan uzur, bila-bila masa boleh meninggal. Atau juga lu mahu jumpa Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat, pun macam agak mustahil bukan? Kalau tak percaya pergi tonton cerita
My Name Is Khan.
Ketiga, nak pergi tempat yang mungkin tak tercapai akal dan fizikal. Contohnya nak sampai ke puncak Gunung Everest. Kalau ada helikopter boleh lah agaknya. Atau nak pergi Israel. Kalau Palestin gua sokong lagi.
Keempat yang juga contoh terakhir, bila gua buat research pasal topik ni memang banyak artikel yang muncul, tapi kebanyakannya agak general contohnya pergi
skydiving atau
swim with sharks, umum sangat. Ada pula yang kronik sangat macam yang gua dah bagi kat atas tu,
nak pergi bulan. Apa gila ke? Yang paling penting, senarai-senarai yang gua jumpa tu tak menggambarkan apa yang gua nak buat. Gua nak pastikan senarai ni
personal kepada gua.
Sebenarnya ada juga poin-poin lain yang boleh gua ketengahkan, tapi cukuplah sekadar empat. Yang lain-lain pun gua ada ambil kira juga, cuma tidak terlalu kritikal. Jadi inilah senarai
Sepuluh Perkara/Benda Yang Gua Teringin Nak Buat Sebelum Kojol. Bukan ikut turutan atau kata orang kaler vanilla,
in no particular order.
1. Bull Running in Pamplona, Spain
825 meter, 2 minit 30 saat, lari depan bull(s) (bahasa Malaysia lembu kot? Atau kerbau?). Gua ingat masa kecil dulu (sekarang pun sebenarnya) kena kejar dengan anjing masa naik basikal balik sekolah dah cukup trauma, apatah lagi kena kejar lembu. Entah terkencing, entah terberak kalau gua join. Yang pasti peluh memang macam sprinkler kat padang golf, silap-silap berkemungkinan tinggi peluh gua mengalir bersama-sama darah.
Lari bang jangan tak lari! "Mana lu nak menyorok bai?" Kalau gua jumpa lembu ni sumpah gua tendang muka dia
Tahap Adrenalin: 80% (Lembab dan perut semakin boroi)
2. Tribal Bungee Jumping in Pentecost Island, Vanuatu
25 meter tinggi, kalau ikut teori graviti (10 ms negatif 1) dalam tiga saat sudah sampai ke lantai. Bungee jumping? Kau buat lawak? Budak-budak ni dah buat kerja melompat ni sejak 1,500 tahun dulu. Tapi bila gua buat research, ketinggian lompatan bergantung kepada umur dan pengalaman a.k.a telor lu besar mana, senang kira kalau lu lagi jantan lu lompat dari tempat lagi tinggi lah. Ada kategori papan anjal 3 meter tak?
Bila nak sampai ni... Pendaratan selamat, cuma otak ada sikit senget Tahap Adrenalin: 80% (Tali terlebih panjang)
3. Poisonous Fugu Fish Eating in Tokyo, Japan
Benda ni bukan boleh buat main-main. Kekuatan racun dia 1800 kali lagi kuat dari sianida (atau cyanide), apa gila ke. Nama saja ikan buntal, kat sekolah dulu kalau ada awek gemuk gua bahan-bahan saja "ikan buntal! ikan buntal!" tapi sekarang baru gua tau nama saja macam lawak, macam kiut-miut tapi dia punya racun boleh kasi 30 jantan tumbang. Jadi cuba bayangkan kalau lu seorang yang makan, kira macam mati hidup balik 30 kali pun belum tentu selamat lagi. Ingat, mulai hari ini tanam niat jangan ejek budak gemuk kat sekolah "ikan buntal" lagi, nanti dia racun lu baru padan muka.
Ini ikan buntal ke ikan bunting? Tau-tau dah jadi macam ni Akibat makan Fugu memang kronik Kalau nak tengok cara penyediaan fugu dengan lebih teliti sila tekan
SINI.
Tahap Adrenalin: 85% (Chef saja nak buat palat)
4. Dog Sledding in Saint Michael, Alaska
Gua memang dah terbayang-bayang kena deruan angin di Alaska sambil kena heret dengan kumpulan anjing-anjing ala Siberian Huskies (dekat Alaska dia breed lain, sebab bukan dekat Siberia). Sejuk woo, gua tidur pasang air-cond pun dah macam kena demam kepialu dia punya sejuk, ini siap bersiar-siar kat pergunungan salji. Tapi gua seorang yang optimis. Kalau gua dah mahir teknik dog sledding, gua akan apply untuk naiktaraf jadi Santa Claus, boleh bawa sleigh dengan rusa-rusa pula, siap boleh terbang. Ho ho ho!
Mak aih kalau dapat bela seekor pun dah tampan
Mana nak dapat peluang macam ni Kalau tak stim juga, tengok video kat bawah ni Tahap Adrenalin: 75% (Kesejukan dan kemungkinan dibaham serigala)
5. Zero Gravity Adventure in Moscow, Russia
Yang ini lebih realistik berbanding cubaan pergi ke Bulan. Bukan apa, lu orang ingat senang ke?
Bill Rancic pergi buat
zero-g dalam salah satu episod "
Giuliana & Bill" pun sampai termuntah-muntah dalam helmet.
Pelan-pelan kayuh lah brader. Mula-mula cuba
zero-g dalam lima minit dulu (20 saat setiap sesi untuk 12 - 15 sesi), lepas tu kumpul duit baru boleh pergi Bulan. Kalau dah semakin terer boleh pasang niat pergi Matahari pula.
Panas? Jangan risau, bak kata
Pak Samy, pergi waktu malam lah, sejuk sikit.
Ini serupa macam performance di atas ranjang melawan masa
Bekas ahli-ahli pasukan sorak tentera rahsia KGB sedang bergembira Bila manusia dah pindah ke Bulan kelak Tahap Adrenalin: 70% (Setapak menuju ke angkasa lepas)
6. Gambling in Las Vegas, USA
Gua rasa banyak terpengaruh dengan cerita Hollywood pasal Las Vegas ni. Bila tengok lampu terang benderang, bunyi duit syiling, bunyi jackpot, dadu, rasa macam dalam filem lah. Siapa sangka, sebahagian gurun Mojave tu boleh jadi pusat hiburan terbesar dunia. Nak kahwin pun lima minit dah setel, kalah kahwin kat Golok. Silap-silap yang jadi tok kadi tu Elvis Presley. Dan yang pastinya, ungkapan "what happens in Vegas, stays in Vegas" acapkali diulang-ulang macam best sangat saja cakap. Teringin juga nak jadi macam filem The Hangover, sumpah lawak. Apa yang berlaku kat Vegas? Nak tau? Jom.
Bayar gua cepat!
Memang boleh pitam masuk tempat ni
Hi, 'Black Jack' is my middle name
Tahap Adrenalin: 50% (Jikalau bangkrap dan terpaksa menjual organ dalaman)
7. FIFA World Cup in Rio de Janeiro, Brasil
Walaupun Sepanyol baru menjuarai Piala Dunia 2010 yang lalu, dalam kepala otak gua masih terlekat satu nama yang terlalu sinonim dengan bola sepak: Brazil.
BRA-zil.
Terbaeek. Tahap dia macam kalau lu lahir dekat Brazil tapi tak main reti bolasepak, boleh jadi kena sumbat dalam penjara, lagi dahsyat daripada kesalahan menukar jantina. Gila bai. Setelah merangkul Piala Dunia sebanyak lima (5!) kali, Piala Dunia Brazil 2014 umpama 'sirih pulang ke gagang'. Sambil-sambil tu, gua nak jenguk-jenguk juga
Cidade de Deus, dapat sepam dua dengan
Lil' Ze pun dah caya.
Ini baru Sepanyol punya celebration
Ni haa pasukan bolasepak wanita Brazil. Haram jadah tak pakai bra
Sebab terpaling utama nak pergi sana. Nak link? Nah AMBIK.
Tahap Adrenalin: 80% (Gadis-gadis di tepi pantai Rio)
8. Daft Punk Live in Kuala Lumpur, Malaysia
Ini lain sikit. Gua cerita semua pasal nak pergi tempat orang, buat aktiviti yang membanggakan diri gua sendiri. Apa gua nak buat kat Malaysia yang gua boleh banggakan? Panjat Gunung Kinabalu? Pakcik tua tu pun dah naik 50 kali. Daft Punk ni bukan macam
punk-punk not dead yang lu selalu nampak kena conteng kat dinding tandas. Ini antara
disc jockey atau penunggang cakera (bapak lawaknya
direct translation) yang sungguh gua minat. Gua boleh bayangkan kalau ada 20,000 orang terhibur sebab gua. Macam bagi makan fakir miskin lah. Seronok tu. Kenapa Daft Punk? Apa yang best sangat? Lu tengok cerita
Tron Legacy hujung tahun nanti, baru lu tau.
Tak minat? Belum tengok belum tau bro.
Space ship ready to launch in Kuala Lumpur
Gila dah macam pemuja-pemuja zaman Firaun pun ada Ini punya punk, St. Pauli ke, Neo-Nazi punk ke, apa punya punk pun tapau
Tahap Adrenalin: 80% (Impian sekian lama)
9. Amazon Rainforest Adventure at Yasuni, Ecuador
Taman Negara Yasuni merupakan tempat gua akan memulakan ekspidisi Hutan Amazon yang terulung, ibarat meneroka ke dasar jantung Bumi. Hutan Amazon juga merupakan nadi kepada ekosistem dan biodiversiti Bumi, selain dikongsi oleh sembilan negara serta keluasannya yang menyamai keluasan benua Eropah. Jadi gua akan cuba menjejakkan kaki di situ sebelum hutan ini habis di'kekah' terutamanya oleh Brazil demi menampung beban perbelanjaan Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016. Apa nak buat dalam hutan? Cis, lu orang tak tengok filem Anaconda ke?
Macam sampan pakai kertas saja gua tengok Inilah suite terbaik yang disediakan kepada pengunjung
Peluang merasa jadi Hobbit dalam dunia sebenar Kalau ada masa boleh singgah Andes, tak jauh pun Tahap Adrenalin: 90% (Anakonda sebagai permulaan)
10. Trans Asia-Europe, Kuala Lumpur, Malaysia -> Amsterdam, Netherlands
Ini boleh gua kategorikan sebagai misi gua yang terpaling mencabar. Dah lah 'ter', 'paling' pula tu, jadi hampir sukar dibayangkan apakah outcome perantauan ini. Masa yang diperlukan sekurang-kurangnya tiga minggu, dan perhatian utama gua ialah merentasi negara-negara bekas Kesatuan Soviet, yang rata-rata walaupun sudah merdeka masih mengamalkan ketenteraan komunis dan sangat tidak boleh dijangka. Ini yang mungkin membantutkan perjalanan gua nanti. Mungkin juga baru sampai Saigon pun dah surrender. Namun begitu, ini merupakan satu impian gua untuk menjejaki Laluan Sutera zaman dahulu kala yang sangat terkenal di samping cuba membayangkan diri gua macam Adrien Brody dalam cerita The Darjeeling Limited, bezanya dia merentas India. Kenapa dari Kuala Lumpur ke Amsterdam? He he he. Manakan tidak, selepas berpenat lelah mengharungi cabaran terunggul seorang lelaki, gua nak reward diri gua dengan daun-daun berperisa batu (stoned). Lepas tu balik KL naik flight lah bai, gila kau nak balik naik keretapi lagi.
Boleh berhenti ambil gambar sekejap tak? Kalau gua pemandu keretapi, gua dah angkut binatang ni naik boleh ternak kat kampung
Mana tahu untung-untung boleh dapat peluang tengok kereta kebal di Kazakhstan
Ini merupakan impian yang tidak tergambar
Tahap Adrenalin: 95% (Terlalu mental)
*******
Setelah meneliti satu persatu, gua berpuas hati dengan pilihan hati gua. Ini bukan sekadar nak main-main, nak poyo-poyo ke apa ke. Ini memang benda yang gua memang teringin nak buat. Dan bila dilihat juga, pilihan gua merangkumi segenap pelusuk benua kecuali Antartika sebab gua tak tahu nak buat apa dekat sana. Nak pergi pun bukan senang rasanya. Biar gua cuba pergi Alaska dulu. Kalau tak kena frostbite baru gua boleh consider pergi Kutub Utara.
Satu lagi aspek yang gua pertimbangkan secara berat ialah aktiviti itu sendiri. Jadi senarai gua ni juga memenuhi aspek insaniah dan jati diri di samping meneroka dunia. Ini melibatkan aspek kepercayaan, tradisi, teknologi, alam sekitar, hiburan, sukan, serta cabaran misi itu yang tersendiri. Ini juga merupakan misi gua untuk menilai apakah yang mendorong manusia melakukan sesuatu perkara yang tidak mengikut norma atau telunjuk masyarakat umum (contoh, makan ikan buntal) atau melangkaui batas nilai perikemanusiaan (contoh, lumba lembu).
Bagaimana pula dengan cabaran merasionalkan undang-undang atau polisi yang tidak rasional oleh pihak Kerajaan terhadap penganjuran festival hiburan di negara kita (contoh, konsert punk) yang masih mengharapkan jumlah 3 juta pelancong di Malaysia akan terus-terusan kagum dengan tarian-tarian tradisional berbilang bangsa 1Malaysia kita yang terlalu syok sendiri? Atau mengapa Dr. Stephen Hawking yang dinamakan the living genius selepas Galileo Galilei, Albert Einstein serta Isaac Newton sendiri tidak dapat menggambarkan perasaan gembira beliau selepas mengikuti aktiviti angkasa lepas (contoh, terapung bebas), kenapa kita tak cuba nak rasa bagaimanakah perasaan terapung itu?
Atau memang bengap dan sengaja nak bunuh diri (contoh, terjun tiruk)?
Banyak lagi rasional yang gua boleh tekankan tapi biarlah gua simpan sendiri.
Yang rata-rata atau umumnya masyarakat bila ditanya apa yang diinginkan dalam hidup hanyalah yang asas, nak kaya, nak sihat, nak pergi tengok Piramid, nak pergi shopping kat Paris, tapi sambil-sambil tu boleh tengok Eiffel Tower juga. jangan risau, gua bukan nak judge atau generalise, hakikatnya gua menulis entri ini untuk instill (gua tak tahu bahasa Malaysia) daya kreativiti dan penerokaan dunia lebih daripada sekadar yang umum.
Akan ada juga orang akan cakap, "Alah, kat Malaysia ni banyak lagi budaya kau tak teroka, banyak lagi tempat tak kau jejak, banyak lagi penemuan yang kau tak endah, banyak lagi tinggalan sejarah kau tak kisah." Betul, gua tak nafikan itu. Kenapa ramai pelajar nak belajar overseas? Bukankah banyak universiti di Malaysia? Tak standard? Itu memandang rendah namanya. Kata orang, lagi jauh berjalan, lagi luas pandangan dan pengalaman. Mungkin itu yang gua sedang impikan.
Anyway, bila gua baca balik tajuk kat atas tu memang macam poyo juga. Dan gua agak akan ada mulut-mulut longkang atau jari-jari korek pusat yang akan komen, "ceh, ingatkan sebelum mati nak pergi taubat nasuha ke, pergi jihad kat Palestin ke. Ada ke nak pergi berjudi kat Las Vegas sebelum mati?"
Bongok.
Malas nak layan.
BudakNakal